Friday, July 1, 2016

Bayi Hisap Susu Patung Yang Dipamerkan Di Muzium...



BAYI ini mungkin lapar dan atas sebab itu dia telah menghisap puting payudara patung porselin yang dipamerkan di sebuah muzium, kerana menyangka itu adalah ibunya.

Gambar bayi yang menghisap payu dara patung yang terdedah itu telah dimuatnaik dalam Facebook Life of Dad, dan mengundang pelbagai reaksi daripada daripada netizen.

Dalam gambar berkenaan, ibunya yang sedang memegang anaknya itu tidak dapat menahan ketawa apabila melihat perangai anaknya.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat mengenai bayi itu atau ibunya dan di mana gambar tersebut dirakamkan.

Ada yang terkejut melihat gambar bayi terbabit dan tidak kurang pula yang mengkritik dan menyindir ibu bayi terbabit.

Apa pun gambar berkenaan memang melucukan. – Mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment