Friday, July 1, 2016

Ucapan Anniversary Paling Syahdu, Noh Untuk Mizz Nina...



TANGGAL 1 Julai iaitu hari ini memberi seribu makna buat pasangan selebriti terkenal Noh Hujan dan Mizz Nina kerana pada tarikh itulah mereka disatukan dengan ikatan sah lima tahun lalu.

Malam tadi, pasangan ini sempat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka sekaligus meraikan hari jadi Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman yang ke-35 tahun.

Menariknya, Noh Hujan turut berkongsikan video sambutan tersebut menerusi laman Instagramnya untuk tatapan peminat.




Video yang dialih suara menjadi chipmunk itu membuatkan ramai yang terkekeh-kekeh ketawa melihat kemesraan pasangan ini.
Rata-rata meninggalkan ucapan tahniah dan berharap pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.

Selain itu, Noh turut memuat naik ucapan penuh romantis dan syahdu buat isteri tercintanya.



“Yang seumpama lembaran embun dari suasana pagi di syurga, that is what you are.
Yang tidak pernah lokek dengan senyumnya, budi bahasanya, manjanya, lembut ketika bicaranya, seorang wanita yang sempurna untuk lelaki yang sangat hina seperti saya.
Yang membuka mata dan hatiku dalam maksud sebenar dalam perjuangan menegakkan kemanusiaan,
Yang tidak pernah sekalipun dia meninggalkan rumah tanpa meminta keizinan,
Yang lidahnya tidak pernah jauh dari lafaz bismillah dari mulanya hari sampai pengakhiran,
Yang tidak pernah sentap dan sedia menerima apa apa teguran,
Yang aku semakin kagum melihat betapa lancar nya dia dengan bacaan al Quran,
Yang tidak pernah meminta apa apa dari suaminya cuma dekat kan diri kepada Tuhan”

Ucapan itu ternyata menyentuh hati ramai yang membacanya.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pasangan ini amat manis bersama dan mereka bagaikan mengiayakan ungkapan ‘sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik’. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment